04 February 2016

SEKRETARIAT PRISMA NEGERI SEMBILAN 2016


1. Bentuk PRISMA
Pasukan Profesional SIPartner+ Malaysia (PRISMA) mengambil bentuk prisma sebagai logo. Ia bukan sahaja membawa maksud kepada fungsi prisma sebagai pembias cahaya tetapi bentuk tersebut juga membawa kepada simbol organisasi iaitu sekolah dan PPD itu sendiri.


Mengikut terma sains, prisma merupakan biasan cahaya apabila terhalang oleh kaca atau air. Biasan tersebut akan menghasilkan pelangi yang cantik dan indah. Sebagaimana cahaya, PRISMA bertindak sama iaitu mengoptimumkan sumber dan kompetensi pemimpin sekolah ke arah pembangunan organisasi berimpak tinggi

2. Satu Lajur Cahaya
Melambangkan simbol PRISMA sebagai pemacu atau katalis membangun organisasi di sekolah, PPD, JPN dan KPM untuk menghasilkan impak yang tinggi kepada hasrat DTP dan PPPM
3. Pelbagai Cahaya keluar dari bentuk prisma
Simbol kepada kecemerlangan yang dihasilkan dari pembentukan PRISMA. Warna yang pelbagai ini juga melambangkan kepada kompetensi pemimpin sekolah yang telah dibangunkan dan dioptimumkan hasil daripada bina upaya pemimpin sekolah

Objektif

3.1      Melaksana bimbingan merentas daerah dan negeri dengan kebenaran KPPD. (Rujuk Panduan Pengurusan Program Transformasi Daerah Edisi 2.0, m.s. 17)

3.2   Mengupayakan kompetensi SIPartner+ agar mantap dan dapat memenuhi kehendak pelanggan yang mempunyai latar belakang dan masalah yang pelbagai

3.3     Mewujudkan jaringan profesional dalam kalangan SIPartner+ di negeri dan di peringkat nasional

3.4     Menjadi pakar rujuk (Reference Power) dan tenaga sokongan (Peer Support) kepada rakan sejawat

3.5      Mewujudkan ekosistem coaching dan sinergi baharu dalam
pembudayaan coaching dan mentoring

3.6     Menjadi Expert Power ( Kuasa Pakar) kepada Stake Holder


      Modus Operandi

            4.1      Mewujudkan profiling SIPartner+ 

            4.2      Melantik SIPartner+ yang berkelayakan termasuk
                       Master Coach

            4.3      Memberi taklimat pelaksanaan

           4.4       Mengenalpasti SIPartner+ yang perlu dibimbing sama
             ada atas  arahan atau atas permintaan

            4.5     Arahan untuk membimbing

            4.5     Bimbingan – mengikut keperluan

            4.6     Tindak ikut dan tindak susul (follow up dan
             follow through)

            4.7     Pelaporan














 

No comments:

Post a Comment