04 February 2016

SEKRETARIAT PRISMA NEGERI SEMBILAN 2016


1. Bentuk PRISMA
Pasukan Profesional SIPartner+ Malaysia (PRISMA) mengambil bentuk prisma sebagai logo. Ia bukan sahaja membawa maksud kepada fungsi prisma sebagai pembias cahaya tetapi bentuk tersebut juga membawa kepada simbol organisasi iaitu sekolah dan PPD itu sendiri.


Mengikut terma sains, prisma merupakan biasan cahaya apabila terhalang oleh kaca atau air. Biasan tersebut akan menghasilkan pelangi yang cantik dan indah. Sebagaimana cahaya, PRISMA bertindak sama iaitu mengoptimumkan sumber dan kompetensi pemimpin sekolah ke arah pembangunan organisasi berimpak tinggi

2. Satu Lajur Cahaya
Melambangkan simbol PRISMA sebagai pemacu atau katalis membangun organisasi di sekolah, PPD, JPN dan KPM untuk menghasilkan impak yang tinggi kepada hasrat DTP dan PPPM
3. Pelbagai Cahaya keluar dari bentuk prisma
Simbol kepada kecemerlangan yang dihasilkan dari pembentukan PRISMA. Warna yang pelbagai ini juga melambangkan kepada kompetensi pemimpin sekolah yang telah dibangunkan dan dioptimumkan hasil daripada bina upaya pemimpin sekolah

Objektif

3.1      Melaksana bimbingan merentas daerah dan negeri dengan kebenaran KPPD. (Rujuk Panduan Pengurusan Program Transformasi Daerah Edisi 2.0, m.s. 17)

3.2   Mengupayakan kompetensi SIPartner+ agar mantap dan dapat memenuhi kehendak pelanggan yang mempunyai latar belakang dan masalah yang pelbagai

3.3     Mewujudkan jaringan profesional dalam kalangan SIPartner+ di negeri dan di peringkat nasional

3.4     Menjadi pakar rujuk (Reference Power) dan tenaga sokongan (Peer Support) kepada rakan sejawat

3.5      Mewujudkan ekosistem coaching dan sinergi baharu dalam
pembudayaan coaching dan mentoring

3.6     Menjadi Expert Power ( Kuasa Pakar) kepada Stake Holder


      Modus Operandi

            4.1      Mewujudkan profiling SIPartner+ 

            4.2      Melantik SIPartner+ yang berkelayakan termasuk
                       Master Coach

            4.3      Memberi taklimat pelaksanaan

           4.4       Mengenalpasti SIPartner+ yang perlu dibimbing sama
             ada atas  arahan atau atas permintaan

            4.5     Arahan untuk membimbing

            4.5     Bimbingan – mengikut keperluan

            4.6     Tindak ikut dan tindak susul (follow up dan
             follow through)

            4.7     Pelaporan














 
LDP UNTUK PEMIMPIN SEKOLAH PPD TAMPIN.




PROGRAM/AKTIVITI: PENYELARAS SKOR SKPM 2015 SEKOLAH MENENGAH  DAN PELAN TINDAKAN SEKOLAH 2016
Kumpulan Sasaran:  Pengetua dan Semua GPK Sek.Men
Kemahiran : Data Driven , Pelan Strategik, Koloborasi,
                     Membina Pasukan, Penyelesaian Masalah,
Aktiviti  :       Menganalisa jurang, Mengenalpasti isu dan
                    punca isu , Menilai Program, Perkongsian
                    Idea  dan , Kerja Berpasukan

TAHNIAH EN ROSLAN MOHD SHAH...


En Roslan Mohd Shah, pegawai SIP+ PPDJJ telah berjaya dalam permohonan untuk bertukar dalam jawatan yang sama di PPD Kuala Pilah. Tarikh berkuatkuasa pertukaran beliau pada 5 Feb 2016, tetapi beliau dijangka memohon penangguhan sehingga 15 Feb 2016 akan datang.

Seorang lagi pegawai SIP+ En Shariff (PPD Tampin) juga berjaya dalam permohonan perpindahan ke PPD Alor Gajah Melaka.  Beliau akan memulakan tugas di sana pada 10 Feb 2016.


Syabas...!! Semoga terus mereka berdua terus sukses memberi bimbingan sebagai coach di tempat baru...dan terima kasih atas khidmat bakti yang telah dicurahkan di PPDJJ dan PPD Tampin sebelum ini.